
Alex Lee Kim Teck
Ketua Pegawai Eksekutif Interflour Malaysia
Alex Lee menyertai Kumpulan Interflour pada tahun 1999 sebagai Pengurus Besar Lahad Datu Flour Mill Sdn Bhd. Sejak itu, beliau telah memegang beberapa jawatan kanan di pelbagai unit perniagaan seperti Pengarah Pemasaran Kumpulan, CEO untuk syarikat subsidiary Interflour Group di Malaysia Barat dan Timur iaitu Prestasi Flour Mill (M) Sdn Bhd, Sarawak Flour Mill Sdn Bhd, Sabah Flour & Feed Mill Sdn Bhd dan Lahad Datu Flour Mill Sdn Bhd. Beliau telah memimpin dan menubuhkan Interflour sebagai jenama tepung gandum pengguna yang popular di Malaysia.
Beliau juga dilantik sebagai Presiden Pengarah PT Eastern Pearl Flour Mill dan PT Golden Grain Mill di Indonesia dari 2017 hingga 2019, untuk membina strategi dan menyampaikan hasil yang konsisten untuk meningkatkan ekuiti pemegang saham sebelum diamanahkan semula sebagai CEO Interflour Malaysia pada tahun 2020.