Interflour Malaysia

Resipi

Resipi > Prestasi Flour Mill (M) > Kek > Kek Chiffon Pandan

Kek Chiffon Pandan

Bahan :

Telur Kuning (5 biji telur kuning, Grade A)
Minyak Jagung 90g
Air Pandan 150ml (12pcs)
Garam 1/3tsp
Gula halus 60g
Bakers’ Choice Vit. En. flour 162g
Tepung Jagung 28g
Susu Tepung 10g
Serbuk penaik 1tsp
Telur Putih 180g (5 biji telup putih, grade A)
Jus Lemon 1/4tsg
Gula halus 90g 

Cara-Cara :

  1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu kepada 175⁰C
  2. Campurkan air dan daun pandan ke dalam pengisar jus dan kisar sehingga hancur. Kemudian tapis untuk mendapatkan jus pandan.
  3. Kuantiti jus pandan yang diperlukan adalah 150ml.
  4. Masukan 5 biji telur kuning yang sudah diasingkan dari telur putih, ke dalam mangkuk adunan bersama gula halus, minyak jagung dan jus pandan. Gaul sehingga sebati.
  5. Dalam mangkuk adunan yang berasingan, ayak bersama, tepung Bakers’ Choice (yang diperkayakan dengan vitamin, zat besi dan asid folik), tepung jagung, serbuk penaik dan garam, supaya tiada ketulan kasar dalam pemprosesan seterusnya.
  6. Masukan ayakan tersebut ke dalam adunan dan gaul dengan pelahan-lahan dengan menggunakan spatula sehingga sebati, dan membetuk adunan pandan.
  7. Masukan 5 biji telur putih yang sudah diasingkan dari telur kuning, kedalam mangkuk adunan yang bersih dan pukul dengan mixer tangan sehingga telur putih berbuih.
  8. Masukan jus lemon and gula halus dan sambung pukulan sehingga adunan menjadi meringue putih berkilat atau membentuk “soft peak”.
  9. Masukan 1/3 daripada adunan meringue kedalam adunan pandan dan gaul denga pelahan-lahan sehingga sebati. Masukan adunan meringue yang selebihnya and sekali lagi, gaul dengan pelahan-lahan sehingga sebati dan membentuk adunan chiffon.
  10. Tuangkan adunan chiffon ke dalam acuan chiffon tanpa di sapu dengan marjerin atau minyak.
  11. Ratakan permukaan adunan kek chiffon dan hentak acuan kek beberapa kali untuk megeluarkan udara yang terperangkap. Masukan kek chiffon ke dalam ketuhar and bakar pada suhu 160⁰C, selama 45 minit.
  12. Biarkan kek chiffon sejuk di dalam acuannya, dalam posisi terbalik, selama 1 jam. Keluarkan kek chiffon dari acuan sebelum dihidangkan.