Interflour Malaysia

Cerita Kami

Tentang Kami > Cerita Kami > Prestasi Flour Mill (M)

Prestasi Flour Mill telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat Malaysia pada tahun 1994 dan ditauliahkan pada tahun 1999. Nama “Prestasi” dipilih secara khusus untuk syarikat, kerana dalam Bahasa Malaysia, Prestasi bermaksud "prestij" dan dengan tepat menerangkan mesej yang ingin disampaikan oleh syarikat berkenaan jenama dan produk. 

Di Prestasi Flour Mill, kepakaran membeli pukal, kemudahan kawalan kualiti dan pengawasan yang rapi ke atas kegiatan pemilihan bijian gandum menjamin bahawa hanya bijian gandum yang bermutu tinggi dibeli untuk menghasilkan tepung yang terbaik. Kilang kami direka bentuk dan dibina menggunakan kepakaran mesin yang canggih serta dengan penggunaan pendekatan “near infra-red spectroscopy” untuk menyediakan analisis bahan mentah dan produk siap yang pantas dan tepat. Prestasi Flour Mill mempunyai kapasiti untuk mengisar 850 tan metrik gandum berkualiti tinggi sehari. Tahap automasi yang tinggi membolehkan pelaksanaan sistem kebersihan yang terperinci dan tepat. Produk siap kami terkenal dengan ketulenan dan keseragamnya. 

Kemudahan makmal jaminan kualiti, penyelidikan dan pembangunan menempatkan peralatan ujian bahan mentah dan doh yang terkini. Kemudahan ini dan kakitangan profesional kami yang berdedikasi tersedia untuk menyediakan sandaran teknikal tahap tertinggi kepada semua pelanggan dan pengguna kami yang dihargai. Kami amat yakin bahawa dengan kemudahan ini, di tangan pengurusan dan kakitangan yang sangat komited, "Prestasi Flour Mill" berada pada kedudukan yang sempurna untuk menyahut cabaran alaf baharu. 

Prestasi's sands of Time
We use cookies
Cookie preferences
Below you may find information about the purposes for which we and our partners use cookies and process data. You can exercise your preferences for processing, and/or see details on our partners' websites.
Analytical cookies Disable all
Functional cookies
Other cookies
We use cookies to personalize content and ads, to provide social media features and to analyze our traffic. Learn more about our cookie policy.
Change preferences Accept all
Cookies