Interflour Malaysia

Kelestarian

Perniagaan KamiKelestarian

Menyokong komuniti tempatan dan pekerjaan

Kami bermatlamat mengambil kakitangan dari kawasan tempatan di mana kami beroperasi dan membangunkan kakitangan kami dengan menyediakan latihan dan laluan kerjaya yang holistik. 

Kami adalah penyokong kuat komuniti tempatan dan ekonomi.

Kami menggaji lebih daripada 1,500 pekerja tetap dan membantu menaikkan perniagaan kecil dan sederhana tempatan di Indonesia, Malaysia, Vietnam dan Filipina melalui program pendidikan dan sokongan industri. Kami mempunyai rangkaian pengedar yang luas di seluruh Asia Tenggara, serta beratus-ratus perniagaan kecil yang menjadi tulang belakang masyarakat tempatan.

Setiap unit perniagaan secara aktif terlibat dalam menyokong komuniti tempatan mereka melalui hari amal, program derma darah dan sukarela.

Setiap tahun, Kumpulan juga menyelaraskan usaha sukarela tempatan yang melibatkan pasukan pengurusan kanannya, dengan memilih lokasi yang berbeza dari rangkaiannya di Asia Tenggara pada setiap tahun.

Melindungi keselamatan makanan

Di seluruh perniagaan kami, kami mematuhi sistem pengurusan kualiti yang diiktiraf secara global untuk memastikan kami secara konsisten membekalkan pelanggan dengan bahan makanan yang selamat. Sistem-sistem ini termasuklah ISO, HACCP dan GMP.

Kami juga menjamin kesucian dan pensijilan halal mengikut prinsip Islam. Semua ramuan yang digunakan adalah disahkan kehalalannya dan yang telah diluluskan Halal. Pengeluaran semua tepung dan malt dilakukan dalam keadaan yang bersih dan disahkan halal.

Melindungi Kakitangan kami

Kami menjaga kakitangan kami, iaitu keselamatan dan kesejahteraan mereka.

Interflour mengambil serius tentang keselamatan dan menjalankan program pendidikan dan pemantauan keselamatan yang berterusan serta mengutamakan matlamat di setiap bahagian perniagaan kami.

Amalan pengambilan dan ganjaran dijalankan secara adil dan telus serta kakitangan digalakkan untuk melaporkan kelakuan yang tidak beretika.

Kod Tatacara Kakitangan kami menggariskan piawaian tingkah laku yang tinggi berkenaan apa yang kami harapkan dari para pekerja kami dan apa yang mereka boleh harapkan dari perniagaan kami sebagai balasan. 

We use cookies
Cookie preferences
Below you may find information about the purposes for which we and our partners use cookies and process data. You can exercise your preferences for processing, and/or see details on our partners' websites.
Analytical cookies Disable all
Functional cookies
Other cookies
We use cookies to personalize content and ads, to provide social media features and to analyze our traffic. Learn more about our cookie policy.
Change preferences Accept all
Cookies