Interflour Malaysia

Sokongan Jualan Secara Teknikal

Perniagaan KamiSokongan Jualan Secara Teknikal

Sebagai perniagaan yang berorientasikan pelanggan, kami berusaha untuk menjadi rakan kongsi strategik bersama para pelanggan kami dengan menawarkan pelbagai jenis tepung gandum yang boleh disesuaikan bagi memenuhi keperluan mereka, malah ianya turut disokong oleh kakitangan jualan teknikal yang berpengalaman.

Pelbagai produk kami telah disempurnakan menerusi penyelidikan yang mendalam sejak bertahun-tahun dan dibangunkan untuk kepelbagaian kategori produk.

Interflour menyediakan sokongan teknikal bagi membantu pelanggan menyesuaikan keperluan mereka kepada produk yang bersesuaian serta memahami bagaimana kualiti tepung gandum tertentu diterjemahkan kepada prestasi penghasilan kualiti produk berdasarkan rasa, tekstur dan penampilannya.

Kami juga mengamalkan pembuatan roti dan mi dengan teknik-teknik dan tren terkini dalam aplikasi tepung gandum bagi demonstrasi pasaran yang diadakan.

Pengilang industri makanan kecil dan sederhana

Kami berdedikasi untuk membantu kejayaan anda

Pasukan sokongan jualan teknikal kami boleh membantu dalam penyelidikan dan pembangunan produk anda serta menyediakan latihan pembuatan roti secara profesional.

Makmal moden dan studio bakeri kami, yang terletak di kebanyakan kilang dan pejabat jualan kami, bertindak sebagai pusat pembelajaran kepada pelbagai latar belakang pelanggan, daripada perusahaan kecil ke sederhana, sehingga ke pembuat roti yang beroperasi dari rumah.

Pelanggan berinstitusi

Bagi pelanggan berinstitusi yang besar, kami menawarkan sokongan teknikal di premis, bekerja bersama-sama dengan anda untuk mendapatkan penyelesaian kepada setiap masalah dan menambahbaik kaedah ke atas penghasilan tepung gandum kami.

Pembuat bakeri di rumah

Bagi pembuat bakeri yang beroperasi dari rumah, Interflour menyediakan tempat latihan di beberapa pejabat jualannya dan demonstrasi di seluruh rantau ini melalui pameran ekspo, pasaraya dan juga acara-acara tempatan. Malah, Pakar teknikal kami juga turut berkongsi resipi dan bertukar-tukar pengetahuan dalam pembuatan roti melalui forum-forum di media sosial.

We use cookies
Cookie preferences
Below you may find information about the purposes for which we and our partners use cookies and process data. You can exercise your preferences for processing, and/or see details on our partners' websites.
Analytical cookies Disable all
Functional cookies
Other cookies
We use cookies to personalize content and ads, to provide social media features and to analyze our traffic. Learn more about our cookie policy.
Change preferences Accept all
Cookies